Patuhilah Papan Tanda Jalan Raya

Tuesday, April 15, 2014

6:50 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,

- Memberitahu pemandu/pengguna jalanraya sesuatu tempat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dan lain-lain

- Disediakan samada dalam bentuk simbol atau perkataan

- Kebiasaannya diletakkan di lokasi berikut : Lokasi papan tanda mengikut keperluan

Foto-foto berkaitan papan tanda keterangan :


6:29 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,

- Diletakkan selepas sesuatu persimpangan atau "interchange"

- Kebiasaannya papan tanda jarak diletakkan di lokasi berikut :
a) 200m dari "turning roadway" atau 150m selepas "acceleration lane"
b) Di Sempadan antara daerah
c) Setiap jarak 20km sepanjang jalan

Foto-foto berkaitan papan tanda jarak :



Friday, April 11, 2014

11:11 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,

- Diletakkan di antara 100 hingga 150m sebelum tiba di persimpangan utama atau sebelum persimpangan menuju ke jalan utama.

- Dibina dalam bentuk "stack" (di mana "arrow" menunjukkan arah destinasi) atau "map" (biasanya digunakan untuk "rounfabout" dan persimpangan / "interchanges" yang kompleks)

Foto-foto berkaitan papan tanda arah :



10:06 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,



- Untuk memberi isyarat awal / masa yang mencukupi kepada pemandu untuk masuk ke laluan bersesuaian sebelum tiba di jalan keluar atau persimpangan.

- Diletakkan antara 500 hingga 1000 meter sebelum tiba jalan keluar atau persimpangan

Foto-foto berkaitan papan tanda destinasi :



Thursday, April 10, 2014

Klik Foto Untuk Imej Lebih Besar


Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam artikel ke-3 ini saya akan membentangkan kesan buruk vendalisme terhadap papan tanda dan tempiasnya kepada nyawa dan keselamatan seseorang. 

Kita sedia ada tahu bahawa papan tanda yang telah disediakan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah yang ingin dituju, had laju sesuatu kawasan dan sebagainya.

Namun, wujud pula individu/kumpulan2 yang tidak bertanggungjawab mencuba untuk merosakkannya. Mengikut kajian saya, terdapat tiga punca utama berlakunya hal sedemikian. Yang pertama adalah untuk melepaskan geram, selain itu hanya untuk kepuasan hati semata-mata dan yang terakhir adalah untuk mencari keuntungan.

Saya pasti punca yang pertama dan kedua anda sudah ketahui maksudnya. Maka saya akan terus bergerak kepada punca yang ketiga melalui situasi di bawah :

Seorang pemandu van ambulan berkata,  

"“Tengok sendiri, kereta di depan bukannya nak beri laluan. Lambat ke tepi, macam mana kami nak pastikan ambulans cepat sampai. “Cuba lihat papan tanda jalan itu. Macam mana kita nak baca kalau penuh pelekat iklan. Sebab itu susah nak jumpa lokasi.”"

Adakah anda faham maksud saya melalui situasi di atas? Ya. Salah satu punca utama papan tanda sukar dibaca dan difahami adalah wujudnya iklan-iklan dan poster berkaitan perniagaan di papan tanda terbabit. Sudah pasti mereka yang menampal iklan-iklan sebegini hanya untuk mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keselamatan dan nyawa seseorang. 


Islam sendiri menghalang dan menegah perbuatan vandalisme yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan fasad (kerosakan) seperti mana yang ditegaskan di dalam al-Quran di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”. (Al Baqarah: ayat 11-12)
Program dan dialog perlu dianjurkan bagi mendidik orang ramai menghargai papan tanda arah dan kemudahan awam secara amnya. Selain itu,peranan agensi yang bertanggungjawab perlu dalam meningkatkan kualiti papan tanda arah di negara kita memandangkan pentingnya tanda arah yang jelas di suatu tempat. Sama-samalah kita menjaga kemudahan bersama kerana papan tanda tunjuk arah adalah penting.
Klik Foto Untuk Imej Lebih Besar
8:37 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,
TANDA ISYARAT LALULINTAS LARANGAN

Semua pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari, mengetahui dan memahami makna setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas yang digunakan dijalan raya sepertimana yang telah dikategorikan di bawah Kaedah 5 Kaedah Lalulintas 1985.

























Bibliography
Buku.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Buku Panduan KPP. 2003.35-36
Daftar Lesen Memandu ( Selangor and Kuala Lumpur )
Telefon +6013-6655 401

Sunday, April 6, 2014

4:29 AM Posted by Admin MK 16 comments Posted in ,
Bismillah, ini merupakan artikel pertama yang saya publish ke blog ini. Tujuan pembinaan blog ini adalah untuk berkongsi maklumat mengenai papan tanda jalan raya, juga kerana penyertaan saya di dalam Pertandingan Blog Kepenggunaan 2014 anjuran FOMCA (Rujuk Sini). 

Harapan saya kepada para pengunjung blog ini, bacalah apa jua informasi yang saya sampaikan dan sebarkanlah kepada masyarakat sekeliling sekiranya ia bermanfaat untuk dikongsikan. 

Semoga dengan adanya perkongsian seperti ini dapat menambahkan lagi pengetahuan masyarakat kita tentang kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya khasnya bahkan mengutamakan keselamatan diri dan orang lain di jalan raya amnya.

Pada artikel pertama ini, saya akan berkongsi beberapa jenis papan tanda, maksudnya dan tindakan yang perlu dilakukan selepas melihat papan tanda tersebut. Kredit dan terima kasih kepada blog2 rujukan saya seperti laman web JKR dan sebagainya.

Ok, mari mulakan. Apa itu papan tanda? 

Anda boleh melihatnya setiap hari, di mana-mana sahaja. Tapi, tahukah anda maksud sebenar tanda-tanda ini? Sememangnya papan tanda lalulintas amat penting untuk memastikan keselamatan setiap pengguna jalanraya. Jom kita kenali papan tanda isyarat jalan raya...

































 

Haaa... bagaimana? sudah tahu jenis2 papan tanda dan maksudnya? Saya berharap kita semua dapat memanfaatkan sebaiknya perkongsian ilmu ini. 

Kita bukan sahaja perlu membacanya, tetapi wajar untuk mengaplikasikan ilmu yang kita perolehi ini melalui kehidupan seharian kita. 

Sekian perkongsian saya untuk masa ini, nantikan artikel ke-2 saya pada 8 April 2014. Terima kasih!


Carian