Patuhilah Papan Tanda Jalan Raya

Thursday, April 10, 2014

Posted by Admin MK on 9:18 PM with No comments | Categories: ,
Klik Foto Untuk Imej Lebih Besar


Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam artikel ke-3 ini saya akan membentangkan kesan buruk vendalisme terhadap papan tanda dan tempiasnya kepada nyawa dan keselamatan seseorang. 

Kita sedia ada tahu bahawa papan tanda yang telah disediakan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah yang ingin dituju, had laju sesuatu kawasan dan sebagainya.

Namun, wujud pula individu/kumpulan2 yang tidak bertanggungjawab mencuba untuk merosakkannya. Mengikut kajian saya, terdapat tiga punca utama berlakunya hal sedemikian. Yang pertama adalah untuk melepaskan geram, selain itu hanya untuk kepuasan hati semata-mata dan yang terakhir adalah untuk mencari keuntungan.

Saya pasti punca yang pertama dan kedua anda sudah ketahui maksudnya. Maka saya akan terus bergerak kepada punca yang ketiga melalui situasi di bawah :

Seorang pemandu van ambulan berkata,  

"“Tengok sendiri, kereta di depan bukannya nak beri laluan. Lambat ke tepi, macam mana kami nak pastikan ambulans cepat sampai. “Cuba lihat papan tanda jalan itu. Macam mana kita nak baca kalau penuh pelekat iklan. Sebab itu susah nak jumpa lokasi.”"

Adakah anda faham maksud saya melalui situasi di atas? Ya. Salah satu punca utama papan tanda sukar dibaca dan difahami adalah wujudnya iklan-iklan dan poster berkaitan perniagaan di papan tanda terbabit. Sudah pasti mereka yang menampal iklan-iklan sebegini hanya untuk mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keselamatan dan nyawa seseorang. 


Islam sendiri menghalang dan menegah perbuatan vandalisme yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan fasad (kerosakan) seperti mana yang ditegaskan di dalam al-Quran di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”. (Al Baqarah: ayat 11-12)
Program dan dialog perlu dianjurkan bagi mendidik orang ramai menghargai papan tanda arah dan kemudahan awam secara amnya. Selain itu,peranan agensi yang bertanggungjawab perlu dalam meningkatkan kualiti papan tanda arah di negara kita memandangkan pentingnya tanda arah yang jelas di suatu tempat. Sama-samalah kita menjaga kemudahan bersama kerana papan tanda tunjuk arah adalah penting.
Klik Foto Untuk Imej Lebih Besar

0 comments:

Post a Comment

Carian