Patuhilah Papan Tanda Jalan Raya

Tuesday, July 8, 2014

5:57 PM Posted by Admin MK 1 comment Posted in ,
Posted by Admin MK on 5:57 PM with 1 comment | Categories: ,

KUALA TERENGGANU - Pelancong asing yang datang ke Terengganu bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 menggesa kerajaan negeri supaya menaik taraf dan menambah bilangan papan tanda di sepanjang jalan utama untuk membantu mereka mengunjungi tempat menarik di sini.
   
Selain itu, mereka juga berharap kerajaan negeri dapat menyediakan maklumat tambahan tentang destinasi tarikan pelancong di negeri ini untuk merancakkan industri pelancongan di Terengganu.
   
Pelancong dari Amerika Syarikat, Francis Johnson, 32, berkata kekurangan papan tanda di Terengganu menyukarkan beliau dan beberapa rakan untuk berkunjung ke tempat berkenaan.
   
"Memang benar Terengganu tempat yang cantik untuk dikunjungi tetapi bagi pelancong seperti saya, papan tanda sangat penting. Saya dan rakan-rakan lebih suka berbasikal dari hotel kami ke tempat tertentu dan kami agak kecewa jika gagal mencari tempat itu disebabkan kekurangan papan tanda," katanya kepada Bernama.
   
Joseph Lim, 45, seorang usahawan dari Britain, pula berkata Terengganu memiliki banyak tempat menarik berbanding negeri lain di Malaysia memandangkan negeri ini bukan hanya ada pantai yang indah tetapi pantai itu juga bersih.

"Sebelum datang ke sini, saya dengar Terengganu mempunyai tempat dan pulau menakjubkan seperti Pulau Redang dan Pulau Kapas. Tetapi saya percaya selain pulau, Terengganu juga ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi," katanya.
   
Sementara itu, warga Rusia, Valdimir Koriv, 32, yang datang ke Terengganu buat kali kedua, berkata beliau dan tiga lagi rakannya seringkali tersesat jalan ketika mencari destinasi tarikan pelancong di sini.
   
"Kami mahu ke Wetland di Setiu tetapi tiada papan tanda menunjukkan tempat itu. Hampir sejam kami mengayuh basikal berpusing-pusing mencari tempat itu dan ia sangat mengecewakan. Langsung tak ada papan tanda!," katanya pada Bernama.
   
Beliau berkata, mereka lebih suka berbasikal daripada menyewa teksi setiap kali ke luar negara supaya mereka dapat menikmati pemandangan dan keindahan negara ini.
   
Seorang pemandu pelancong warga tempatan, Hasyim Othman, 42, berpendapat kerajaan Terengganu perlu menyediakan peruntukan untuk memperbaiki, menaik taraf dan menambah papan tanda di sepanjang jalan utama.
   
"Kadang-kadang, ada sesetengah 'signboard' sudah tercabut tulisannya dan ada yang terlindung dengan pokok. Ini menyukarkan orang ramai terutamanya dari luar untuk pergi ke sesuatu tempat," katanya.  - Bernama

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Saya Shamsul Adha dari Nadigate Sdn Bhd. Untuk makluman pihak tuan/puan, syarikat kami merupakan Authorised Distributor bagi produk 3M(Traffic Safety&Signages).

    Antara produk kami adalah:-

    1) 3M Diamond Grade - DG3 Reflective Sheeting Series 4000
    2) 3M Diamond Grade - Linear Delineation System
    3) 3M High Intesity Prismatic Reflective Sheeting - HIP Series 3930
    4) 3M Advanced Engineer Grade Prismatic Sheeting - AEGP Series 7930
    5) 3M Work Zone Safety Solutions
    6) 3M Protective Overlay Film - Series 1160
    7) 3M Pavement Marker(Road Stud)
    8) 3M Elements - For Roadline marking

    Sekiranya pihak Tuan/Puan berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Sekian Terima Kasih.

    019-266 5969

    ReplyDelete

Carian