Patuhilah Papan Tanda Jalan Raya

Tuesday, July 8, 2014

5:57 PM Posted by Admin MK 1 comment Posted in ,

KUALA TERENGGANU - Pelancong asing yang datang ke Terengganu bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 menggesa kerajaan negeri supaya menaik taraf dan menambah bilangan papan tanda di sepanjang jalan utama untuk membantu mereka mengunjungi tempat menarik di sini.
   
Selain itu, mereka juga berharap kerajaan negeri dapat menyediakan maklumat tambahan tentang destinasi tarikan pelancong di negeri ini untuk merancakkan industri pelancongan di Terengganu.
   
Pelancong dari Amerika Syarikat, Francis Johnson, 32, berkata kekurangan papan tanda di Terengganu menyukarkan beliau dan beberapa rakan untuk berkunjung ke tempat berkenaan.
   
"Memang benar Terengganu tempat yang cantik untuk dikunjungi tetapi bagi pelancong seperti saya, papan tanda sangat penting. Saya dan rakan-rakan lebih suka berbasikal dari hotel kami ke tempat tertentu dan kami agak kecewa jika gagal mencari tempat itu disebabkan kekurangan papan tanda," katanya kepada Bernama.
   
Joseph Lim, 45, seorang usahawan dari Britain, pula berkata Terengganu memiliki banyak tempat menarik berbanding negeri lain di Malaysia memandangkan negeri ini bukan hanya ada pantai yang indah tetapi pantai itu juga bersih.

"Sebelum datang ke sini, saya dengar Terengganu mempunyai tempat dan pulau menakjubkan seperti Pulau Redang dan Pulau Kapas. Tetapi saya percaya selain pulau, Terengganu juga ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi," katanya.
   
Sementara itu, warga Rusia, Valdimir Koriv, 32, yang datang ke Terengganu buat kali kedua, berkata beliau dan tiga lagi rakannya seringkali tersesat jalan ketika mencari destinasi tarikan pelancong di sini.
   
"Kami mahu ke Wetland di Setiu tetapi tiada papan tanda menunjukkan tempat itu. Hampir sejam kami mengayuh basikal berpusing-pusing mencari tempat itu dan ia sangat mengecewakan. Langsung tak ada papan tanda!," katanya pada Bernama.
   
Beliau berkata, mereka lebih suka berbasikal daripada menyewa teksi setiap kali ke luar negara supaya mereka dapat menikmati pemandangan dan keindahan negara ini.
   
Seorang pemandu pelancong warga tempatan, Hasyim Othman, 42, berpendapat kerajaan Terengganu perlu menyediakan peruntukan untuk memperbaiki, menaik taraf dan menambah papan tanda di sepanjang jalan utama.
   
"Kadang-kadang, ada sesetengah 'signboard' sudah tercabut tulisannya dan ada yang terlindung dengan pokok. Ini menyukarkan orang ramai terutamanya dari luar untuk pergi ke sesuatu tempat," katanya.  - Bernama

Saturday, June 28, 2014

12:10 AM Posted by Admin MK No comments Posted in
Semua pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari, mengetahui dan memahami makna setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas yang digunakan dijalan raya sepertimana yang telah dikategorikan di bawah Kaedah 5 Kaedah Lalulintas 1985.









































Bibliography
Buku.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Buku Panduan KPP. 2003.35-36
Daftar Lesen Memandu ( Selangor and Kuala Lumpur )
Telefon +6013-6655 401

Saturday, May 17, 2014

7:58 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,


Sebagai pengguna jalan raya, terutamanya apabila ingin pergi ke destinasi yang tidak biasa dikunjungi, papan tanda merupakan petunjuk dapat membantu.  Namun begitu, keadaan ini tidak berlaku sekiranya berada di kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.  Papan tanda merupakan satu masalah yang utama.

Kebanyakan papan tanda didapati diletak di belakang pokok yang besar, di kawasan yang terselindung dan pelbagai tempat yang tidak banyak membantu pengguna untuk membuat keputusan. Malah terdapat sesetengah papan tanda yang amat mengelirukan.

Papan tanda amat penting bagi negara yang pesat membangun seperti Malaysia, yang  mempunyai ramai penduduk yang bukannya penduduk asal sesebuah negeri berkenaan. Selain daripada itu, pengguna yang datang ke sesuatu destinasi untuk tujuan yang penting juga berasa amat bingung dan tidak puas hati setiap kali melihat papan tanda yang tidak berfaedah dan langsung tidak membantu mereka.
Adalah disarankan kepada pihak berkuasa agar menyediakan atau memasang pasang tanda di tempat yang dapat dilihat dengan jelas dan tempat yang bersesuaian, bagi membantu pengguna jalan raya membuat keputusan untuk menggunakan laluan yang betul.

Papan tanda juga sepatutnya memberi petunjuk yang konsisten dan disediakan dengan secukupnya agar pengguna tidak keliru atau sesat di kawasan-kawasan yang sukar untuk membuat pertanyaan, atau laluan yang tidak dibenarkan untuk berpatah balik.

Matheevani Marathandan
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)



Kredit : konsumerkini.net.my

Saturday, May 10, 2014

8:46 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,

- Dipasang untuk rujukan lokasi di sepanjang lebuhraya

- Memudahkan penandaan kawasan berbahaya dan juga bagi tujuan penyenggaraan

- Dipasang pada setiap jarak 100m di sepanjang lebuhraya

12:44 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,





- Dipasang / diletak di semua papan tanda jarak dan tiang km di sepanjang jalan

Foto-foto berkaitan papan tanda nombor laluan jalan :




1:54 AM Posted by Admin MK 1 comment Posted in ,

- Dipasang di sepanjang jalan persekutuan dan jalan negeri untuk tujuan penyenggaraan / rujukan ("referencing")

Foto-foto berkaitan papan tanda kilometer :

 



Tuesday, April 15, 2014

6:50 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,

- Memberitahu pemandu/pengguna jalanraya sesuatu tempat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dan lain-lain

- Disediakan samada dalam bentuk simbol atau perkataan

- Kebiasaannya diletakkan di lokasi berikut : Lokasi papan tanda mengikut keperluan

Foto-foto berkaitan papan tanda keterangan :


6:29 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,

- Diletakkan selepas sesuatu persimpangan atau "interchange"

- Kebiasaannya papan tanda jarak diletakkan di lokasi berikut :
a) 200m dari "turning roadway" atau 150m selepas "acceleration lane"
b) Di Sempadan antara daerah
c) Setiap jarak 20km sepanjang jalan

Foto-foto berkaitan papan tanda jarak :



Friday, April 11, 2014

11:11 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,

- Diletakkan di antara 100 hingga 150m sebelum tiba di persimpangan utama atau sebelum persimpangan menuju ke jalan utama.

- Dibina dalam bentuk "stack" (di mana "arrow" menunjukkan arah destinasi) atau "map" (biasanya digunakan untuk "rounfabout" dan persimpangan / "interchanges" yang kompleks)

Foto-foto berkaitan papan tanda arah :



10:06 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,



- Untuk memberi isyarat awal / masa yang mencukupi kepada pemandu untuk masuk ke laluan bersesuaian sebelum tiba di jalan keluar atau persimpangan.

- Diletakkan antara 500 hingga 1000 meter sebelum tiba jalan keluar atau persimpangan

Foto-foto berkaitan papan tanda destinasi :



Thursday, April 10, 2014

Klik Foto Untuk Imej Lebih Besar


Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam artikel ke-3 ini saya akan membentangkan kesan buruk vendalisme terhadap papan tanda dan tempiasnya kepada nyawa dan keselamatan seseorang. 

Kita sedia ada tahu bahawa papan tanda yang telah disediakan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah yang ingin dituju, had laju sesuatu kawasan dan sebagainya.

Namun, wujud pula individu/kumpulan2 yang tidak bertanggungjawab mencuba untuk merosakkannya. Mengikut kajian saya, terdapat tiga punca utama berlakunya hal sedemikian. Yang pertama adalah untuk melepaskan geram, selain itu hanya untuk kepuasan hati semata-mata dan yang terakhir adalah untuk mencari keuntungan.

Saya pasti punca yang pertama dan kedua anda sudah ketahui maksudnya. Maka saya akan terus bergerak kepada punca yang ketiga melalui situasi di bawah :

Seorang pemandu van ambulan berkata,  

"“Tengok sendiri, kereta di depan bukannya nak beri laluan. Lambat ke tepi, macam mana kami nak pastikan ambulans cepat sampai. “Cuba lihat papan tanda jalan itu. Macam mana kita nak baca kalau penuh pelekat iklan. Sebab itu susah nak jumpa lokasi.”"

Adakah anda faham maksud saya melalui situasi di atas? Ya. Salah satu punca utama papan tanda sukar dibaca dan difahami adalah wujudnya iklan-iklan dan poster berkaitan perniagaan di papan tanda terbabit. Sudah pasti mereka yang menampal iklan-iklan sebegini hanya untuk mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keselamatan dan nyawa seseorang. 


Islam sendiri menghalang dan menegah perbuatan vandalisme yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan fasad (kerosakan) seperti mana yang ditegaskan di dalam al-Quran di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”. (Al Baqarah: ayat 11-12)
Program dan dialog perlu dianjurkan bagi mendidik orang ramai menghargai papan tanda arah dan kemudahan awam secara amnya. Selain itu,peranan agensi yang bertanggungjawab perlu dalam meningkatkan kualiti papan tanda arah di negara kita memandangkan pentingnya tanda arah yang jelas di suatu tempat. Sama-samalah kita menjaga kemudahan bersama kerana papan tanda tunjuk arah adalah penting.
Klik Foto Untuk Imej Lebih Besar
8:37 PM Posted by Admin MK No comments Posted in ,
TANDA ISYARAT LALULINTAS LARANGAN

Semua pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari, mengetahui dan memahami makna setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas yang digunakan dijalan raya sepertimana yang telah dikategorikan di bawah Kaedah 5 Kaedah Lalulintas 1985.

























Bibliography
Buku.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Buku Panduan KPP. 2003.35-36
Daftar Lesen Memandu ( Selangor and Kuala Lumpur )
Telefon +6013-6655 401

Carian