Sebagai pengguna jalan raya, terutamanya apabila ingin pergi ke destinasi yang tidak biasa dikunjungi, papan tanda merupakan petunjuk dapat membantu. Namun begitu, keadaan ini tidak berlaku sekiranya berada di kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor. Papan tanda merupakan satu masalah yang utama.
Kebanyakan papan tanda didapati diletak di belakang pokok yang besar, di kawasan yang terselindung dan pelbagai tempat yang tidak...
-
Mematuhi Papan Tanda Jalanraya
Dengan adanya papan tanda jalan raya, pengguna akan lebih berdisiplin. Sikap seperti ini dapat menyenangkan pengguna jalan raya yang lain. -
Menggunakan Jejantas Ketika Melintas
Memudahkan kita menyeberang jalan tanpa perlu bersusah payah melintas jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan dan mengelak dari terjadinya kemalangan. -
Mematuhi Lampu Isyarat
Sentiasa mematuhi lampu isyarat. Lampu Hijau tanda jalan, Lampu Kuning tanda sedia berhenti, Lampu Merah tanda berhenti -
Menggunakan Tali Keledar
Mengurangkan kesan kecederaan atau mengelakkan seseorang itu tercampak apabila berlakunya kemalangan. -
Memakai Topi Keledar Keselamatan
Melindungi kepala penunggang daripada hentakan, walaupun kebanyakan topi keledar memberikan kemudahan tambahan seperti pelindung muka, pelindung telinga, interkom dan sebagainya.