
KUALA TERENGGANU - Pelancong asing yang datang ke Terengganu bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 menggesa kerajaan negeri supaya menaik taraf dan menambah bilangan papan tanda di sepanjang jalan utama untuk membantu mereka mengunjungi tempat menarik di sini.
Selain itu, mereka juga berharap kerajaan negeri dapat menyediakan maklumat tambahan tentang destinasi tarikan pelancong di negeri ini untuk merancakkan industri pelancongan...